wanita melecur
Cover image via Berita Harian

Seorang pesakit wanita yang menjalani pembedahan melecur teruk selepas gas kentutnya dikatakan mencetus kebakaran, menurut Hospital Universiti Perubatan Tokyo di Shinjuku Ward.

Insiden di hospital universiti di Tokyo pada 15 April lalu itu dilaporkan akhbar Jepun Asahi Shimbun.

Pesakit berusia 30-an itu dikatakan menjalani pembedahan yang membabitkan penggunaan laser di serviks.

Laser itu dipercayai membakar gas yang dilepaskan wanita berkenaan. Akibatnya sebahagian tubuh beliau terbakar termasuk pinggang dan kaki.

Satu jawatankuasa pakar luar yang menyiasat kes itu dalam satu laporan yang dikeluarkan pada 28 Oktober lalu menyatakan bahawa tiada bahan mudah terbakar berada dalam bilik itu semasa pembedahan.

Ia juga menyatakan bahawa peralatan pembedahan itu berfungsi secara normal. “Apabila gas usus pesakit dilepaskan di bilik pembedahan ia terbakar akibat laser dan api menyambar selimut bedah,” menurut laporan itu.

LEAVE A REPLY