isyarat lucah
Cover image via Astro Gempak

Semalam, tular sebuah rakaman video memaparkan aksi seorang wanita bertudung menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut ke arah pemandu kereta kerana berebut tempat parkir.

Netizen rata-ratanya mengecam tindakan kurang sopan wanita itu walaupun tidak mengetahui situasi sebenar yang berlaku.

Susulan kejadian itu, suami kepada wanita tersebut tampil menceritakan hal sebenar mengenai insiden perebutan tempat parkir kereta di tapak Bazar Ramadhan di Pekan Kuah, Langkawi.

Menurut Muhammad Jefry Sudin, 33, kereta si perakam video sudah terlajak ke hadapan namun, wanita yang berkenaan mendakwa parkir itu adalah miliknya.

“Sebelum kejadian itu, saya sedang memandu kereta, manakala di hadapan saya ada sebuah kereta dinaiki tiga wanita dan kami sama-sama sedang mencari ruang untuk meletak kenderaan.

“Ada satu ruang kosong, ketika itu kereta di hadapan saya sudah terlajak, jadi saya yang sempat masuk ke ruang kosong itu untuk meletak kenderaan,” katanya.

Baca lagi: Kereta Myvi Lawan Arus di Lebuhraya Plus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here