Vphone S8

Di tengah-tengah persaingan telefon pintar gergasi dengan paparan skrin bersaiz 5.5 inci dan versi “Mini” dengan paparan bersaiz kurang daripada 5″, muncul satu telefon pintar yang paling kecil di dunia.  Telefon pintar Vphone S8 yang diperkenalkan ini mampu memberikan saingan hebat kepada semua pengeluar telefon pintar yang lain walaupun ia hanya mempunyai paparan bersaiz 1.54 inci.

Ia kelihatan lebih kurang seperti smartwatch daripada telefon tetapi selagi syarikat itu tidak menawarkan tali untuk memakainya, ia adalah telefon. Dan sekiranya ia mempunyai tali sekali pun, ia tetap bole dipanggil telefon kerana ia mempunyai fungsi yang lengkap seperti sebuah telefon pintar.

Selain paparan yang kecil, ia adalah alat yang berfungsi sepenuhnya. Ia dilengkapi pemproses MTK2502 SoC, 64GB RAM dan 128MB storan dalaman (boleh dipertingkatkan menggunakan microSD). Juga, terdapat slot microSIM serta monitor kadar jantung, Bluetooth 4.0 dan alat pengukur langkah. Biarpun tiada kamera yang dilengkapkan kepada peranti ini, tetapi ia boleh disambung ke peranti seperti Android atau iOS membuatkannya mampu untuk mengawal kamera dari jauh.

Kelebihan yang ada pada telefon ini tetapi tidak terdapat pada telefon lain adalah ia boleh bertindak sebagai monitor tidur untuk membantu anda meningkatkan kualiti tidur anda. Juga, dengan memperkenalkan paparan kecil dan sistem operasi khas yang ringan, ia seharusnya memberikan jangka hayat bateri yang baik.

Vphone S8 ini akan mula dijual di website Gearbest dengan harga hanya RM 120 dan penghantaran pertama akan bermula pada 30 November.

LEAVE A REPLY