Video

KUALA LUMPUR: Hanya kerana buah mangga, seorang lelaki dikatakan melepaskan marah ke atas kanak-kanak berusia empat tahun selepas berang keretanya dibaling sebiji buah mangga. Merujuk kepada rakaman video yang tersebar luas di Facebook, lelaki berpakaian hijau itu dilihat memarahi seorang wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak terbabit kemudian dilihat keluar dari rumah dalam keadaan menangis sebelum lelaki berkenaan bertindak memarahinya kerana melempar buah mangga ke arah keretanya.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut mendakwa  budak lelaki itu umpama samseng, dan terus memarahi ibu budak berkenaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sekitar ibu negara dan rata-rata netizen menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sikap lelaki tersebut yang menegur kesalahan kanak-kanak itu dengan cara yang terlalu kasar.

Perkara ini sepatutnya diselesaikan dengan perbincangan yang baik tanpa perlu memaki hamun dan memarahi sedemikian rupa.

LEAVE A REPLY