video

PETALING JAYA: Video seorang pelajar lelaki yang menyerang rakan sekelasnya sementara rakan sekelas yang lain memberikan sorakan dan tidak membantu mangsa langsung, kini viral di media sosial.

Dalam klip video yang dimuat naik di Facebook itu, mangsa berkenaan ditumbuk, ditendang, disepak dan dibaling dengan kerusi plastik dalam kelas.

Mangsa terus dilempang dan dicekik pembulinya walaupun cuba untuk bangun dari lantai.

Beberapa rakan sekelasnya pula duduk di sekitar kelas itu dan menyaksikan mangsa dibuli, sementara ada yang ketawa sambil merakamkan insiden itu menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Serangan itu mencetuskan kemarahan netizen, yang kebanyakannya bengang dengan insiden berkenaan dan mempersoalkan di mana guru pada masa berkenaan.

Video itu ditonton 90,000 kali dan dikongsi lebih 5,000 kali sejak dimuat naik dalam tempoh 12 jam lalu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here