Victor Lindelof

MANCHESTER United bakal mengakhiri penantian penyokongnya untuk melihat kemasukan pemain baharu dengan mendapatkan pemuda berusia 23 tahun.

Akhbar Portugal melaporkan, Victor Lindelof bakal menurunkan tandatangan di atas kontrak selepas beberapa terma dipersetujui antara kedua-dua pasukan.

Bagi mendapatkan pemain Benefica yang juga pertahanan Sweeden berkenaan, United perlu membayar sebanyak lebih £30 juta dengan tambahan £5 juta bonus.

Laporan itu diterbitkan sehari selepas Presiden Benefica, Luis Filipe Vieira dikatakan ke England untuk berbincang mengenai perpindahan Lindelof dan Nelson Semedo.

Bagaimanapun, Lindelof turut menjadi rebutan Barcelona, Real Madrid selain Newcastle.

Akhbar Portugal itu mendakwa, Benefica dijangka akan menerima sebanyak £83 juta daripada United kerana perpindahan melibatkan lebih daripada seorang pemain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here