Tuesday, December 6, 2016
Usain Bolt Mahu Jadi Pemain Bolasepak

Usain Bolt Mahu Jadi Pemain Bolasepak

82
0
Usain Bolt
Foto Daily Star

LONDON – Jaguh pecut dunia, Usain Bolt menghampiri impiannya sejak sekian lama iaitu mahu menjadi pemain bola sepak profesional dengan bersetuju menjalani latihan bersama kelab Jerman, Borussia Dortmund.

Pelari kelahiran Kingston, Bolt adalah pemenang sembilan pingat emas di Olimpik dan mencatat rekod mengagumkan menyapu bersih ketiga-tiga acara 100m, 200m and 4x100m untuk tiga edisi temasya sukan terbesar dunia itu sejak 2008. Beliau tidak pernah menyembunyikan impian untuk bergelar pemain bola sepak, biarpun memiliki karier luar biasa dalam olahraga.

Dalam temu bual bersama akhbar Bri­tain, The Guardian, atlet berusia 30 tahun itu berkata, dia dan wakilnya telah mengadakan rundingan dengan ‘beberapa orang penting’ tentang kemungkinan bertukar karier kepada bola sepak selepas bersara daripada olahraga.

Bintang Jamaica itu mendedahkan, dia telah berhubung de­ngan Ketua Jurulatih Dortmund, Thomas Tuchel, yang bersetuju membenarkannya berlatih bersama gergasi Bundesliga itu.

Bolt selama ini memasang impian untuk beraksi buat kelab kegemarannya, Manchester Uni­ted dalam Liga Perdana Inggeris, malah pernah menjadi tetamu kehormat Red Devils ketika pasukan itu menentang Fulham pada 2012 iaitu ketika Sukan Olimpik diadakan di London.

Walaupun bakal menyertai Dortmund, namun dia masih berharap dapat menyarung jersi Uni­ted suatu hari nanti.

“Bagi saya, dapat bermain dengan Manchester United umpama mimpi jadi ke­nyataan.

“Saya pantas, cergas, boleh mengawal bola dan tahu bagaimana hendak bermain. Saya fikir, kalau saya menjalani sesi pemilihan, mereka mungkin akan berkata ‘Anda tahu, anda ditawarkan kontrak lima tahun!,” kata Bolt, yang akan menjalani latihan dua hari di Dortmund.

Sementara itu, Bolt dalam nada bergurau turut berkata, dia masih menunggu panggilan daripada pengurus United, Jose Mourinho untuk dipanggil menyertai pasukan di Old Trafford.

Bolt, pemegang rekod dalam acara pecut 100 meter (m), 200m akan bertanding buat kali terakhir dalam kariernya di London pada musim panas depan di Kejuaraan Dunia – AGENSI

LEAVE A REPLY