Korea Selatan
Foto oleh AP

Amerika Syarikat menghantar dua pesawat pengebom supersonik nuklear ke atas sekutunya Korea Selatan bagi menunjukkan kuasa dan tanda bantahan selepas ujian nuklear Korea Utara baru-baru ini.

Pesawat Pengebom B-1B, diiringi oleh jet Amerika Syarikat dan Korea Selatan, telah dilihat oleh seorang jurugambar Associated Press selepas jet-jet tersebut dilihat terbang di atas Pangkalan Udara Osan, iaitu 75 batu dari sempadan Korea Utara.

Penerbangan tersebut merupakan penerbangan yang biasa dilakukan apabila ketegangan di Semenanjung Korea meningkat Pesawat tersebut dijangka kembali ke Pangkalan Udara Andersen di Guam, tanpa mendarat di Korea Selatan.

Korea Selatan tidak mempunyai senjata nuklear dan hanya bergantung kepada Amerika Syarikat sebagai penghalang atau “payung nuklear” daripada Korea Utara. Washington juga telah menempatkan kira-kira 28,000 tentera di Selatan, dan berpuluh-puluh ribu lagi di Jepun.

Pengaruh US

Korea Utara dilaporkan menggunakan penerbangan pesawat pengebom itu sebagai bukti pengaruh tentera Amerika di Korea Selatan dalam propagandanya dan menjadikannya sebagai sebab utama mengapa ia memerlukan program bom nuklear.

Ujian nuklear pada minggu lepas, yang kelima untuk Korea Utara, adalah yang terkuat setakat ini.

Tuntutan Pyongyang untuk menggunakan kepala peledak “standard” dalam peluru berpandunya membuat beberapa pihak bimbang bahawa ia membuat kemajuan dalam usaha untuk membangunkan kepala peledak yang kecil dan canggih yang boleh dipasang pada peluru berpandu yang boleh menjangkau ke tanah besar Amerika Syarikat.

Usaha diplomatik antarabangsa untuk “membersihkan” Korea Utara daripada bom nuklear dan peluru berpandu balistiknya terhenti sejak pusingan terakhir mesyuarat pada akhir 2008. Sejak itu, Pyongyang telah menggandakan usaha membangunkan kedua-dua peluru berpandu balistik dan bom nuklear, walaupun terdapat sekatan terhadap Korea Utara.

Selepas ujian tersebut, institut senjata nuklear Korea Utara berkata ia akan mengambil langkah-langkah yang tidak dijelaskan untuk meningkatkan lagi keupayaan nuklearnya.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan Moon Sang Gyun kata pihak berkuasa perisikan Korea Selatan dan Amerika percaya Korea Utara mempunyai keupayaan untuk menjalankan satu lagi ujian bom nuklear pada bila-bila masa di salah sebuah terowong di Punggye-ri, tapak ujian nuklear utama, di mana lima letupan atom sebelum mengambil tempat.

Agensi berita Yonhap melaporkan pada hari Isnin lepas bahawa terdapat tanda-tanda Korea Utara telah selesai persiapan ujian pada satu terowong yang tidak pernah digunakan.

Seoul, Washington dan sekutunya telah berikrar untuk menggunakan lebih banyak tekanan dan sekatan selepas Pyongyang menjalankan ujian yang kedua tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here