UPSR
Foto oleh FMT

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan pendesak dalam isu pendidikan berkata guru tidak dimakumkan mengenai kaedah pemarkahan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.

Pengerusi Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim berkata, ini antara sebab berlaku penurunan yang ketara dari segi keputusan peperiksaan tahun ini berbanding tahun lalu.

“Bila mereka minta Lembaga Peperiksaaan Malaysia apakah gred yang baru, mereka tak bagi tahu,” katanya.

Katanya, terdapat perbezaan besar keputusan UPSR dengan keputusan kertas percubaan.

edud_ka_pg3a_ka_13

Keputusan UPSR tahun ini menyaksikan hanya 4,896 murid mendapat keputusan cemerlang Gred A bagi semua mata pelajaran, berbanding 38,344 pada tahun sebelumnya.

Calon pada tahun ini merupakan yang pertama menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR, sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Azimah mencadangkan agar Kementerian Pendidikan memaklumkan kepada sekolah paras markah untuk mendapatkan gred A kepada murid, di samping lebih telus dalam pemarkahan.

“Jangan bagi guru teragak-agak. Mesti telus, ini adalah A, ini adalah B. Jadikannya rasmi,” katanya kepada FMT.

Beliau berharap perkara sama tidak terjadi kepada pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, melibatkan kumpulan pertama di bawah sistem PT3.

LEAVE A REPLY