China
Foto oleh Reuters

Pihak berkuasa China boleh membekukan aset dan mengambil tindakan terhadap penggodam asing yang mengancam infrastruktur negara di bawah draf semakan undang-undang keselamatan siber baru.

Undang-undang tersebut telah dikemukakan untuk bacaan ketiga dan terakhir oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, badan perundangan China, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Xinhua berkata draf itu akan membolehkan polis dan agensi-agensi lain membekukan aset dan memohon “lain-lain hukuman” kepada penggodam asing. Draf undang-undang tersebut tersebut menetapkan langkah-langkah keselamatan yang lebih baik untuk industri lain termasuk komunikasi, tenaga dan kewangan. Undang-undang itu dijangka akan diluluskan dalam masa terdekat.

Keselamatan siber telah menjadi sumber  pergeseran antara China dan Amerika Syarikat, yang kedua-duanya berkata mereka mengalami serangan penggodam yang berasal dari negara lain. Pegawai China telah lama mendakwa negara mereka sebagai mangsa atas aktiviti penggodaman dan telah bertindak untuk mengembangkan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang lebih ketat ke atas peralatan teknologi yang diimport.

Syarikat-syarikat teknologi asing, terutamanya syarikat gergasi dari Silicon Valley yang mempunyai kepentingan dalam pasaran China, juga bimbang terhadap peraturan yang didakwa mempunyai motif untuk melindungi maklumat sektor teknologi domestik dengan menggalakkan pembeli China dalam kedua-dua sektor swasta dan awam supaya tidak membeli produk asing.

LEAVE A REPLY