Sumber imej: Twitter

Polis akan menjalankan siasatan terhadap individu yang menggodam laman Twitter rasmi milik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Saya difahamkan ia digodam mengguna server dari luar negara maka kami akan jalankan siasatan,” kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutupan Kejohanan Menembak Persekutuan Antarabangsa (IPSC) di Lapang Sasar, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, Cheras, di sini, hari ini.

Laman Twitter Khalid @KBAB51 digodam dengan mempamerkan iklan jualan produk kacamata jenama Rayban dengan harga promosi ($24.99). Sumber imej: anak-ketam.info

Awal pagi tadi laman Twitter Khalid @KBAB51 digodam dengan mempamerkan iklan jualan produk kacamata jenama Rayban dengan harga promosi ($24.99).

Sementara itu, Noor Rashid berkata polis telah membuka kertas siasatan untuk memastikan sama ada insiden di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang pada Jumaat lepas yang menyebabkan seorang sarjan maut berlaku akibat kecuaian atau sebaliknya.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun cedera parah di kepala selepas terkena tembakan daripada seorang lans koperal berusia 32 tahun dari dalam bilik stor senjata di IPD berkenaan.

VIAUtusan Online
SOURCEBERNAMA
SHARE
Previous articlePenggunaan Mata Wang Digital Bitcoin Di Malaysia Meningkat
Next articleDAP Takut Kepada PKR – GERAKAN
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY