Turki Puji

KUALA LUMPUR –Turki memuji tindakan Malaysia terhadap rangkaian ulama Fethullah Gulen, yang berpusat di Amerika Syarikat dan dituduh terlibat dengan cubaan rampasan kuasa oleh tentera di negara itu tahun lepas.

“Kami sungguh gembira dengan cara Malaysia menanganinya. Mereka melarikan diri kerana Malaysia bertindak dengan amat tegas dan tidak membenarkan kumpulan itu menyalahgunakan agama.

Inilah kekuatan Malaysia dan kami amat menghargainya, kata Ilnur Cevik, penasihat kanan kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dalam temu bual dengan Bernama di sini.

Rangkaian rahsia itu dikaitkan dengan Gulen, yang tinggal di sebuah kawasan mewah dan terpencil di Pennsylvania.

Kerajaan Turki meminta Amerika Syarikat menghantar pulang Gulen ke Turki untuk dibicarakan berhubung peranannya dalam cubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik dengan memperalatkan pengikutnya dalam pasukan tentera dan institusi lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here