Turki
Foto oleh Thinkstock

Kerajaan Turki telah memecat lebih 10,000 kakitangan awam dan menutup 15 cawangan media yang disyaki mempunyai kaitan dengan pertubuhan pengganas dan ulama yang berpangkalan di US Fethullah Gulen. Gulen telah dipersalahkan oleh Ankara kerana mendalangi cubaan rampasan kuasa yang pada bulan Julai.

Lebih daripada 100,000 orang telah pun dipecat atau digantung manakala 37,000 ditahan sejak pemberontakan bulan Julai tersebut. Presiden Tayyip Erdogan berkata langkah itu adalah penting untuk menghapuskan rangkaian Gulen dari sistem pentadbiran kerajaan.

Beribu-ribu lagi ahli akademik, guru, pekerja kesihatan, pengawal penjara dan pakar-pakar forensik adalah antara yang akan dipecat dari jawatan mereka melalui dua dekri eksekutif baru diterbitkan lewat hari Sabtu lepas.

“Apa yang kerajaan dan Erdogan lakukan sekarang adalah satu rampasan kuasa langsung terhadap kedaulatan undang-undang dan demokrasi,” menurut Sezgin Tanrikulu, seorang Ahli Parlimen dari parti pembangkang utama Parti Republikan Rakyat (CHP).

Mahkamah Turki pada hari Ahad secara rasmi menahan Datuk Bandar Diyarbakir, Gultan Kisanak dan Firat Anli atas tuduhan menjadi ahli organisasi pengganas selepas lima hari dalam tahanan, kata sumber. Polis sebelum ini menggunakan pelet getah untuk menyuraikan beberapa ratus penunjuk perasaan yang berarak membantah tangkapan mereka.

Seorang pendakwaraya tempatan berkata Kisanak, seorang ahli parlimen sebelum menjadi Datuk Bandar wanita pertama Diyarbakir pada tahun 2014, dan Anli telah memberikan ucapan yang bersimpati dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK). Mereka menggesa kerajaan Turki untuk memberikan autonomi politik yang lebih besar untuk 16 juta etnik Kurdish.

Salah Guna Kuasa

Kumpulan hak asasi dan sekutu Barat Turki bimbang Erdogan menggunakan perintah darurat untuk membasmi perbezaan pendapat. Akan tetapi kerajaan berkata tindakan tersebut adalah wajar kerana ia mengelakkan keadaan yang ditimbulkan oleh percubaan rampasan kuasa pada Julai 2016, di mana lebih daripada 240 orang meninggal dunia.

Surat perintah eksekutif itu juga telah mengarahkan penutupan 15 lagi surat khabar dan majalah dari tenggara Turki yang sebahagian besarnya penduduknua berbangsa Kurdish, menjadikan jumlahhampir 160 cawangan media dan penerbit ditutup sejak Julai lalu.

Mengikut dekri ini juga pihak universiti juga telah dilucutkan kuasa mereka untuk memilih rektor mereka sendiri. Erdogan akan melantik rektor daripada calon-calon yang dinamakan oleh Lembaga Pendidikan Tinggi (YOK).

Lale Karabiyik, ahli parlimen CHP berkata, langkah itu adalah penyalahgunaan kuasa yang jelas tentang perintah-perintah darurat dan menyifatkannya sebagai satu rampasan kuasa pada di pihak pendidikan tinggi. Pembangkang pro-Kurdish pula berkata, dekri itu telah digunakan sebagai alat untuk mewujudkan ‘rejim Erdogan’.

Kerajaan melanjutkan tempoh darurat yang dikenakan selepas percubaan rampasan kuasa selama tiga bulan sehingga pertengahan Januari depan. Erdogan berkata pihak berkuasa memerlukan lebih banyak masa untuk menghapuskan ancaman rangkaian Gulen serta militan Kurdish yang telah melancarkan pemberontakan selama 32 tahun itu.

Turki mahu Amerika Syarikat menahan dan mengekstradisi Gulen supaya dia boleh didakwa di Turki atas tuduhan mendalangi percubaan untuk menggulingkan kerajaan. Gulen, yang kini menetap di dalam buangan di Pennsylvania sejak 1999, menafikan sebarang penglibatan.

LEAVE A REPLY