Turki

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari Khamis mengesahkan Parlimen negara itu bersetuju menghantar tenteranya ke Qatar serta meluluskan perjanjian antara kedua-dua negara mengenai kerjasama latihan ketenteraan, lapor agensi berita China Xinhua.

Perjanjian itu diluluskan Parlimen melalui prosedur ‘fast-track’ pada hari Rabu.

Menerusi perjanjian pertama ditandatangani di Doha pada April 2016, mereka bakal meningkatkan kerjasama ketenteraan dengan Qatar manakala perjanjian kedua yang ditandatangani pada Disember 2015 pula membenarkan tentera Turki melatih pasukan tentera Qatar.

Erdogan sebelum ini membuat kenyataan bahawa ia tidak bersetuju dengan sekatan yang dikenakan beberapa negara Arab ke atas Qatar.

Beberapa negara Arab – Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Yaman, Mesir, Libya, Mauritania dan Maldives – memutuskan hubungan mereka dengan Qatar Isnin lalu setelah menuduh Doha menyokong keganasan dan kumpulan pelampau.

Qatar bagaimanapun menolak tuduhan berkenaan dan menyifatkan langkah diambil negara-negara tersebut ‘tidak berasas’.

– Bernama

SHARE
Previous articleShukri Yahaya Nafi Goda Wanita Di Wechat
Next articleLegasi – Permainan Ulung Trumph
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here