Muhyiddin

Merujuk kepada kenyataan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP di mana beliau membantah cadangan BERSATU untuk melantik Tun Mahathir sebagai Pengerusi  manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Pakatan Harapan, dengan alasan bagi mengelakkan monopoli oleh sesebuah parti “ia perlu dirunding terlebih dahulu bersama-sama pemimpin pembangkang yang lain”.

Amat nyata DAP tidak dapat menerima TS Muhyiddin Yassin selama-lamanya memandangkan beliau amat terkenal dengan semangat kemelayuannya dan pernah mengeluarkan kenyataan “Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian”. LGE telah melabelkan TS Muhyiddin Yassin sebagai amat rasis dan berbaur perkauman semasa tahun 2011.

Kini 2017, walaupun TS Muhyiddin Yassin berada dalam kem pembangkang, kenyataan Lim Kit Siang dilihat masih konsisten dan tidak percaya untuk memberikan TS Muhyiddin Yassin jawatan penting dalam PH, walaupun TS Muhyiddin pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Malaysia. Ini amat berbeza dengan layanan DAP terhadap Tun Mahathir walaupun di zaman pemerintahan Tun, beliau amat “ganas dan kejam” terhadap DAP sehingga di label “Maha Firaun”.

Mengapa ini berlaku?

Faktor ini mungkin disebabkan DAP merasakan semangat kemelayuan TS Muhyiddin Yassin lebih menebal berbanding Tun Mahathir. Jika benar pihak pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan di Malaysia, dan TS Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, pastinya TS Muhyiddin dianggap sebagai ancaman besar kepada kaum Cina jika dibandingkan dengan Tun Mahathir.

Perbezaan ideologi di antara TS Muhyiddin dan LKS juga antara faktor utama penentangan ini. Jika dibandingkan kedua-dua individu ini, tidak ubah seperti “langit dan bumi”. LKS dengan semangat “komunis, chauvenist dan pro-kristian zionisnya” manakala TS Muhyiddin dengan semangat “ nasionalis, kemelayuan dan pegangan ajaran Islam yang kuat”.

Sekiranya gabungan ini memerintah Malaysia, adakah pertembungan ideologi, perbezaan semangat dan pertembungan agama yang ketara ini akan dapat melahirkan sikap toleransi terhadap Pakatan Harapan terutama kepada parti DAP dan BERSATU?

Tragedi perpecahan DAP dan PAS hanya disebabkan pertembungan agama sehingga melahirkan AMANAH akan berulang kembali?

Inikan pula pertembungan tiga elemen penting antara DAP dan BERSATU.

Adakah perpecahan Melayu akan semakin membengkak seperti mana ekonomi kita dikuasai oleh kaum minoriti berbanding majoriti?

Marilah sama-sama kita renung-renungkan……….

 

1 COMMENT

  1. tahu pulak lim guan eng istilah monopoli ye.. dia kata parti bersatu monopoli pakatan harapan erkkk.. toink toink toink.. cakap tu biar serupa bikin.. bila entah lim guan eng nak letak jawatan.. hampir 10 tahun pegang jawatan ketua kerajaan negeri pulau pinang.. patut dap ni bergerak sebagai satu team dan sentiasa utamakan konsensus.. maka letaklah calon lain untuk jadi ketua menteri pulau pinang.. lim guan eng nak monopoli jawatan ketua menteri tu sampai bila?? see.. dah pegang kuasa susah nak lepas.. best sangat ke jadi ketua menteri pulau pinang sampai lebih 10 tahun?? ada rahsia tersembunyi kan.. haha.. rakyat dah lali dan tak peduli sangat apa yang pakatan harapan jaja.. dah tak boleh beza mana yang palsu mana yang benar mana yang separuh benar separuh palsu.. pakatan haprak..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here