Demi mendapatkan tudung yang diminati dan seiring dengan trend fesyen terkini, ramai wanita Malaysia sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan tudung yang mereka inginkan.

Perkara ini terbukti dengan pengkongsian oleh pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd, Haliza Maysuri mengenai tempahan yangp pernah mereka terima daripada seorang ahli perniagaan di Kelantan.

“Tudung paling mahal yang pernah dihasilkan oleh Bawal Exclusive bernilai RM21,600 yang ditempah khas oleh seorang ahli perniagaan di Kelantan,” ujar Haliza ketika ditemui.

tudung

Haliza turut memberitahu kebanyakan pelanggan mereka yang menempah tudung khas yang beribu ringgit adalah golongan kenamaan dan ahli perniagaan terkenal.

Tambahnya lagi, para pelanggannya tidak kisah mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkan tudung eksklusif yang menjadi idaman.

Dalam masa yang sama, Bawal Exclusive turut mengeluarkan koleksi rekaan tudung bawal yang bertatahkan batu kristal Swarovski dengan harga serendah RM50 sehelai.

Baca lagi: Guru Sekolah Rendah Viral Rupa Paras Secantik Model

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here