Tubuh

Pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Pendidikan boleh mempertimbangkan agar mewujudkan sebuah jawatankuasa khas peringkat nasional bagi mengkaji tahap permasalahan yang berlaku yang melibatkan pelajar sekolah dalam negara kita.

Cadangan terbabit dibuat berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh pihak Menteri Pendidikan baru – baru yang memberi amaran kepada pihak pengurusan sekolah dalam negara kita supaya tidak menyembunyi sebarang kegiatan yang melibatkan penyalahgunaan dadah yang berlaku dikalangan para pelajar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada 18 April yang lalu yang menyatakan 825 daripada 23,583 pelajar sekolah menengah di seluruh negara yang menjalani ujian saringan air kencing, didapati positif dadah dalam tempoh suku pertama tahun ini.

Mengenai statistik pelajar sekolah rendah dan menengah yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, Menteri Pendidikan itu juga akan berkata bahawa daripada 14,049 pelajar yang diuji, 554 daripadanya positif dadah bagi tempoh Januari hingga 15 Mac tahun ini.

Ini hanya melibatkan kes penyalahgunaan dadah yang berlaku dikalangan pelajar dalam negara kita. Ia tidak termasuk lagi kegiatan jenayah dan anti – sosial yang berlaku dikalangan para pelajar sekolah dalam negara kita seperti kegiatan ponteng sekolah, hisap rokok, buli, gangsterism dan lain – lain lagi.

Sekiranya tiada langkah yang proaktif dan serius diambil pada masa kini bagi mengetahui tahap sebenar mengenai permasalahan yang berlaku yang melibatkan pelajar sekolah amat sukar untuk kita memahami sebarang isu atau masalah yang ditimbulkan yang melibatkan pelajar – pelajar sekolah dalam negara kita.

Oleh yang demikian, adalah wajar sekiranya pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Pendidikan mengambil satu usaha dengan segera bagi menjalankan satu kajian yang lebih mendalam dan terperinci mengenai isu dan masalah yang berlaku yang melibatkan pelajar – pelajar sekolah dalam negara kita melalui penubuhan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji dan mendalami segala permasalahan yang berlaku dikalangan para pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Penubuhan jawatankuasa khas terbabit dilihat penting supaya sebarang isu dan masalah yang berlaku yang melibatkan pelajar dalam sekolah dapat dikaji dengan lebih teliti dengan melibatkan kajian dari tenaga pakar yang sesuai bagi melakukan kajian mengenai isu berkenaan.

Jawatankuasa khas berkenaan juga dapat menghasilkan serta mencadang sebarang penyelesaian bagi menangani segala isu dan masalah berbangkit yang melibatkan bukan sahaja penyelesaian untuk para pelajar sekolah malah dapat merangka penyelesaian bagi meningkatkan tahap kecekapan sedia ada pihak pengurusan sekolah serta para guru dalam membendung sebarang isu dan masalah yang berkaitan dengan pelajar sekolah dalam negara kita.

Jawatankuasa berkenaan juga dapat menilai semula semua jenis peruntukkan undang – undang sedia ada yang berkaitan dengan aspek pendidikan dalam negara kita seperti Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) bagi melihat tahap kesesuaian peruntukkan undang – undang berkenaan pada masa kini.

Apa – apa jua langkah yang ingin dilakukan, usaha perlu diambil dari sekarang bagi mendepani segala isu dan masalah yang melibatkan pelajar sekolah kita bagi melahirkan generasi muda yang lebih berkualiti serta menjamin sistem sekolah dan pendidikan yang disegani dalam dan luar negara dimasa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here