Trump
Foto oleh Getty Images

Hanya beberapa minggu sebelum Donald Trump mengangkat sumpah sebagai presiden, beliau akan dibicarakan di mahkamah sivil atas dakwaan melakukan penipuan. Pendakwaan ini dijalankan setelah beliau gagal memujuk seorang hakim persekutuan untuk menangguhkan tarikh perbicaraan beliau pada 28 November ini. Bekas pelajar Universiti Trump sebelum ini mendakwa mereka telah ditipu untuk membayar sebanyak USD 35,000 (RM 154,329) untuk bayaran seminar hartanah yang menurut mereka tidak membuahkan apa-apa hasil.

Proses pemilihan juri dalam perbicaraan yang bakal bermula 28 November ini amat ditunggu-tunggu apabila Trump akan berhadapan dengan Hakim Gonzalo Curiel, yang dikatakan oleh Trump sebagai berat sebelah kerana berketurunan Mexico. Kenyataannya itu telah dikutuk secara meluas oleh wakil Demokrat dan Republikan. Speaker Dewan Perwakilan, Paul Ryan dilaporkan berkata bahawa tuduhan Trump itu rasis. Trump juga menghadapi, tuntutan mahkamah persekutuan yang berasingan, yang mungkin akan dijalankan selepas majlis angkat sumpah presiden, juga di atas tuduhan penipuan yang berkaitan dengan program pendidikan yang kini tidak berfungsi lagi.

Kes Universiti Trump ini bukan satu-satunya kes mahkamah yang akan dihadapi oleh Trump sebelum mengambil alih Rumah Putih. Peguam Negeri New York, Eric Schneiderman, yang telah memfailkan saman terhadap Universiti Trump pada tahun 2013, kini sedang menyiasat Yayasan Donald J. Trump milik jutawan tersebut. Siasatan ini adalah mengenai pelanggaran kod cukai untuk organisasi tanpa untung . Bulan lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan Yayasan Trump untuk berhenti daripada mengumpul dana amal selepas mendapati Yayasan tersebut telah melanggar beberapa undang-undang New York. Kemenangan Trump tidak menghalang pejabat Schneiderman untuk menyiasat yayasan tersebut.

Biro Penyiasatan Persekutuan juga sedang mencari seorang daripada pembantu Trump, Paul Manafort, mengenai hubungan perniagaannya dengan Rusia. Manafort dan pasukan kempen Trump menafikan sebarang salah laku. Menurut satu surat awam daripada ketua Minoriti Senat Harry Reid, biro itu telah menyembunyikan fakta yang menghubungkan Trump dan penasihat utama kepada kerajaan Rusia.

Bakal presiden itu masih terlibat dengan dua pelanggaran kontrak berasingan dengan pengusaha restoran Geoffrey Zakarian dan Jose Andres, yang memutuskan untuk tidak mahu menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah berikutan komen Trump mengenai pendatang Mexico. Trump juga telah mengancam untuk menyaman hampir sedozen wanita yang telah tampil ke hadapan dengan tuduhan gangguan seksual dan serangan terhadap bekas bintang realiti TV. Beliau juga memberi amaran bahawa dia bercadang untuk melancarkan saman fitnah terhadap organisasi media seperti The Washington Post dan New York Times yang dikatakan menyebarkan fitnah terhadapnya ketika kempen pilihan raya presiden sebelum ini.

Tindakan undang-undang tidak mungkin berhenti walaupun Trump sudah berpindah ke Rumah Putih. Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika telah mengancam untuk melepaskan “serangan” kepada Trump jika dia bergerak ke hadapan dengan beberapa dasar perlembagaan boleh dipersoalkan, seperti larangan untuk yang beragama Islam yang dicadangkan semasa kempen beliau dan janjinya untuk menghantar pulang 11 juta pendatang tanpa izin. “Jumpa di mahkamah,” ujar kumpulan kebebasan awam di laman web mereka.

LEAVE A REPLY