Miley Cyrus
Cover image via Harian Metro

Ramai melihat Miley Cyrus daripada perspektif berbeza selepas penyanyi Wrecking Ball itu tampil liar dan terbuka dengan aktiviti negatifnya sebelum ini.

Daripada gadis manis sewaktu kegemilangannya membintangi Hannah Montana, tiba-tiba personalitinya bertukar.

Penyanyi berusia 24 tahun itu tidak dinafikan antara bakat luar biasa yang pernah muncul. Namun disebabkan hal negatif yang dilakukannya sekali gus membuatkan ramai mengutuknya.

Miley nyata sedar akan hal itu. Dia faham bukan mudah mendekati orang lain sekarang kerana segala yang dilakukan umpama ‘dosa’.

Miley sekarang bakal kembali dengan transformasi terbesar dalam hidupnya. Ia termasuk berhenti mengambil ganja dan mahu dirinya benar-benar kembali bersih.

“Saya paling tidak suka apabila seseorang tidak boleh sesuaikan diri dengan satu perkara dan pernah mengalaminya sendiri. Namun sekarang saya sudah jauhi dan tidak mengambil ganja selama tiga minggu dan akan berterusan.

“Saya tidak lagi mengambil dadah serta alkohol dan saya 100 peratus bersih. Itulah yang akan saya lakukan mulai sekarang,” katanya.

Melakukan banyak perubahan terhadap gaya hidupnya sekarang, Miley juga mahu mendampingi golongan yang terdekat serta boleh diharap saja.

“Saya suka dikelilingi orang yang akan sentiasa membuatkan diri saya jadi lebih baik, berkembang dan berfikiran terbuka. Saya sedar mereka terdiri daripada orang yang tidak berada di bawah pengaruh ganja.

“Saya mahu bertukar jadi lebih fokus dan berfikiran tajam kerana mahu tahu di mana saya betul-betul perlu berada,” katanya.

Apa yang pasti, Miley kembali dengan semangat baru dan bakal melancarkan single terbaru berjudul Malibu. Dia mendapat inspirasi berkenaan sewaktu menaiki Uber ke sebuah persembahan. Single berkenaan bakal muncul pada 11 Mei nanti.

Baca lagi: 10 Artis Hollywood Bersuara Emas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here