ekonomi

MALAYSIA telah membangun daripada sebuah negara yang bergantung kepada pertanian dan komoditi-komoditi utama kepada sebuah ekonomi berasaskan perkilangan, berpacu eksport yang didorong oleh industri-industri berteknologi tinggi, berasaskan pengetahuan dan berintensif modal.

Namun begitu dalam keadaan perubahan persekitaran persaingan global, Malaysia memerlukan model ekonomi baru untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Lantas itu, Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme – ETP) telah diperkenalkan pada tahun 2010 sebagai tindak balas kepada persekitaran baru yang muncul.

ekonomiETP adalah kemuncak daripada usaha penting kerajaan untuk membangunkan agenda ekonomi dan sebahagian daripada subset kepada Model Ekonomi Baru. Bersama-sama dengan Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme – GTP), ia membentuk pelan yang merintis ke arah menggerakkan Malaysia ke arah mencapai status negara maju. ETP dilancarkan selepas menjalankan kajian menyeluruh terhadap sektor ekonomi di Malaysia dan tren masa depan pertumbuhan global dan hasilnya sebanyak 12 sektor diberi tumpuan untuk meningkatkan pelaburan.

Di sebalik dakwaan negatif pihak-pihak tertentu, GTP dan ETP antara faktor membolehkan ekonomi Malaysia mencapai pertumbuhan lima peratus pada tahun 2015 meskipun berdepan keadaan ekonomi global semasa tidak menentu. Pertumbuhan yang direkodkan disifatkan sihat dan jauh melebihi purata global. Pelaksanaan ETP berjaya mengurangkan jurang Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mengikut piawaian Bank Dunia kepada 15 peratus pada tahun 2015 berbanding 33 peratus pada 2010.

Defisit negara juga berkurangan kepada 3.2 peratus pada tahun 2015 berbanding 6.6 peratus pada 2009. Perkembangan terkini memperlihatkan Malaysia tidak lagi terperangkap dalam negara berpendapatan pertengahan berdasarkan pertumbuhan kukuh PNK yang dicatatkan beberapa tahun ini serta kemajuan dalam kedudukan defisit. Selain itu, agensi penarafan kredit, Fitch Ratings yang mengekalkan penarafan negara ‘A-‘ dengan prestasi stabil memperlihatkan asas-asas ekonomi yang kukuh.

ekonomiApa yang telah dan sedang diusahakan oleh kerajaan melalui ETP ini sebenarnya banyak manfaatnya terutama untuk rakyat. Misalnya, sejak program transformasi dilaksanakan pada tahun 2010, sebanyak 1.8 juta pekerjaan baharu diwujudkan. Menjelang tahun 2020, lebih 3.3 juta pekerjaan tambahan merentasi kawasan bandar dan luar bandar negara akan diwujudkan akan menyebabkan anjakan ke arah julat pendapatan sederhana dan tinggi.

Semenjak tahun 1945, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 25 tahun. Prestasi ekonomi yang mantap ini telah membantu mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia dan menyokong kemajuan dalam pendidikan, kesihatan, infrastruktur, perumahan dan kemudahan awam. Makanya, jangan biarkan diri terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan pelbagai pihak yang mahu melihat usaha kerajaan menerusi ETP ini gagal.

LEAVE A REPLY