Sumber imej: washingtonpost.com

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, berkata kredibiliti Amerika Syarikat kini terancam akibat perjanjian perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Lee berkata, bagi rakan dan sekutu Amerika di Asia-Pasifik, pengesahan TPP adalah ‘ujian kepada kredibiliti negara itu.’

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Dewan Perdagangan Amerika menjelang pertemuan dengan Presiden Barack Obama di Rumah Putih.

Lee berkata, Amerika lebih baik dengan konsep ‘pintu terbuka’ kepada perdagangan. Sumber imej: ifonlysingaporeans.blogspot.sg

Lee berkata, Amerika lebih baik dengan konsep ‘pintu terbuka’ kepada perdagangan. TPP dirundingkan oleh pentadbiran Obama tetapi ditentang kedua-dua calon presiden Demokrat dan Republikan.

Singapura memeterai perjanjian 12 negara itu yang dimuktamadkan Februari lalu. TPP akan memansuhkan halangan perdagangan dan tarif tetapi pengkritik berkata ia menjejaskan pekerja Amerika dengan memperkenalkan persaingan gaji lebih rendah

VIABHOnline
SOURCEAP
SHARE
Previous articleBursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini
Next articleHarga Minyak Brent Meningkat
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here