TMJ
Foto hadapan oleh FMT

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan pasukan bola sepak negeri berkenaan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan sentiasa menghadapi masalah setiap kali berkunjung ke Perak.

Selain daripada JDT, belaiu berkata pasukan lain seperti Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur juga akan menghadapi masalah yang sama apabila berkunjung ke negeri berkenaan.

“Jadi, saya tidak terkejut dengan masalah ini lagi. Kini bangsa Johor terkejut apabila cerita sebenar telah diolah malah ditambah-tambah lagi untuk menyedapkan cerita dan menyebelahi satu pihak, dengan media dan laman media sosial menyebelahi pihak mereka.

TMJ
Kekecohan yang timbul setelah selesai perlawanan antara Perak dengan JDT pada Sabtu

“Saya tidak faham mengapa anda begitu terkejut kerana kes tersebut sudah kerap berlaku. Sebelum ini, saya sentiasa mengambil berat perkara sebegini kerana saya mahu menjaga nama baik negeri saya tetapi sekarang saya tidak perlu memperjelaskannya atau peduli lagi,” katanya dalam wawancara yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Kelmarin, kekecohan tercetus antara penyokong Perak dan JDT selepas perlawanan Liga Super di Stadium Perak.

Insiden tersebut menyaksikan sekurang-kurangnya dua penyokong pasukan JDT dan seorang jurufoto akhbar cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras, selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan Harimau Selatan itu.

TMJ
Pertembungan antara Perak dengan JDT ditonton dengan penuh emosi oleh kedua-dua penyokong

Tunku Ismail berkata beliau turut berasa hairan mengapa isu kekecohan di Stadium Ipoh membabitkan JDT dan Perak dijadikan isu yang sangat besar.

“Tidak kira berapa banyak perkara yang baik yang kami lakukan, kami akan sentiasa dianggap sebagai jahat. Tidak kira betapa betul sekalipun kami, di mata mereka kita akan sentiasa salah.

“Ia sentiasa merupakan kesalahan kita. Kami telah menjadi mangsa sejak dari Stadium Lumut sehingga ke hari ini,” katanya.

Mengulas mengenai saranan pihak tertentu yang mahukan potongan mata pasukan dilaksanakan bagi penyokong yang melakukan kekecohan pada perlawanan, Tunku Ismail menyatakan beliau telah menyuarakan perkara terbabit sejak dua tahun lalu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Saya tidak tahu mengapa baru sekarang ada pihak tertentu yang ingin mencadangkan tentang pemotongan mata ini sedangkan perjalanan liga bolasepak kita sudahpun berjalan separuh musim.

“Sepatutnya ianya diselaraskan dari awal musim lagi. Tetapi sekiranya pihak FAM ingin melaksanakannya juga, kita terima dan kita akur sekiranya pihak kami ada melakukan kesalahan tersebut,” katanya.

LEAVE A REPLY