TMJ

PEMINAT fanatik bola sepak tempatan, tidak kira penyokong generasi baru mahupun sejak bermula liga semi pro pada tahun 1989, perkembangan mengenai bola sepak negara sudah kembali mencatatkan akan nama persatuan bola sepak negeri Johor sebagai kuasa baru bolasepak negara.

Pada awal 1980an, bola sepak Johor amatlah digeruni reputasinya sebagai antara pasukan digeruni bila menjelang musim bola sepak.

Nama besar seperti Nasir Yusof, Kalid Shahdan, Dollah Salleh dan disusuli dengan kehadiran Ervin Boban, Alistair Edward dan Abbas Saad telah menjadikan pasukan bola sepak Johor di antara pemegang dominan juara Piala Malaysia selain pasukan Selangor.

Namun menyusuri era milenium, Stadium Larkin yang sebelum itu penuh sesak dengan penyokong kini sudah lengang. Pasukan bola sepak Johor pada waktu itu menjadi pasukan belasahan malah pernah terjerumus ke Liga Divisyen 2 untuk beberapa kali.

Namun sejak kehadiran Tunku Ismail Tunku Ibrahim memegang jawatan presiden bola sepak negeri Johor, secara drastik pasukan bola sepak negeri ini bangkit lantas dengan segera berjaya merangkul beberapa kejuaraan penting dalam dan luar negara.

Johor sudah 2 kali berturut-turut menjadi juara Liga Super dan pernah sekali menjuarai piala AFC.

FINAL PIALA AFC / JDT

Kehadiran TMJ dalam masa 3 tahun telah membangkitkan semula maruah pasukan bola sepak negeri johor.

Stadium Larkin yang sebelum ini senyap, kini sudah kembali bising dengan sokongan penuh penyokong.

TMJ telah mencatatkan fenomena baru bola sepak negara, walaupun pada masa yang sama keadaan pasukan negara terus menerus merudum tiada kelihatan hala dan tujunya.

TMJ dilihat cuba untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri Johor secara khususnya dan negara secara amnya.

Kaedah pengurusan profesional yang ditunjukkan amatlah sesuai dengan status liga profesional bola sepak negara.

Penyokong bola sepak sudah terlalu lama mengidamkan magik dalam bola sepak negara.

Di kala kita masih terkial untuk seri dengan pasukan bola sepak Afghanistan dan Bangladesh, pasukan bola sepak thailand kini sedang bertarung di pusingan kelayakan Piala Dunia zon Asia .

tmj1_0

Penyokong tidak mengharap sesuatu yang luar biasa sekiranya TMJ menjadi presiden baru FAM, namun sebagai permulaan eloklah sekadar meletakkan pasukan bolasepak Malaysia kembali semula sebagai pasukan terbaik di kalangan negara rantau Asia.

Sokongan 14 persatuan bola sepak negeri minggu lepas untuk mencalonkan TMJ sebagai presiden FAM amatlah disokong majoriti peminat bola sepak negara.

Sebenarnya pada kaca mata peminat, tiada salahnya untuk TMJ diberi peluang menerajui FAM memandangkan baginda telah membuktikan kualiti dan kecekapan baginda di saat menerajui pasukan JDT.

TMJ sendiri dalam laman facebook Johor Southern Tiger telah menyatakan kesediaan baginda untuk menerajui FAM.

Bola sepak negara perlukan perubahan!

Azhar Lineker adalah salah seorang pembaca setia Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah merupakan pandangan peribadi beliau.

LEAVE A REPLY