TIME

Media Amerika Syarikat meletakkan presiden mereka Donald Trump sebagai seorang pemimpin yang kurang popular di kalangan rakyat.

Kadar penerimanya dilaporkan cuma 40 peratus berbanding pemimpin-pemimpin lain dunia.

Bagaimanapun, bagi majalah berita Time yang berpangkalan di New York melaporkan lebih ramai lagi pemimpin yang rating mereka lebih teruk berbanding Trump.

Time menamakan salah seorangnya sebagai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

“Tetapi secara politiknya, Najib tidak perlu begitu bimbang. Umno – parti politik yang mendominasi Malaysia lebih dari enam dekad – kukuh berada dalam genggamannya.

“Dia secara sistematik mengetepikan pencabarnya, dan seteru utamanya di luar parti dipenjarakan melalui apa yang dirujuk pengkritik sebagai pendakwaan politik.

“Siapa perlukan populariti apabila kamu ada kuasa politik atau wang ringgit dalam bank?” lapor Time.

Time turut mengaitkan Najib dengan syarikat pelaburan negara iaitu 1MDB.

“Dia didukung oleh peguam negara Malaysia, yang melaporkan wang itu sebagai derma yang sah dan “kebanyakannya” dipulangkan kembali.

“Justeru tidak mengejutkan jika ratingnya sebegitu rendah,” lapor Time lagi.

Time turut menamakan pemimpin lain dalam senarai itu, termasuk Presiden Venezuela Nicolas Maduro, Presiden Brazil Michel Temer, Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma dan Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras.

1 COMMENT

  1. Setiap manusia yang dipilih sebagai pemimpin akan diuji oleh Allah SWT.. mahu ujian yang baik atau buruk…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here