ed sheeran
Cover image via Astro Awani

KESEMUA 12,000 tiket untuk konsert Ed Sheeran di Malaysia habis dijual 30 minit selepas ia dibuka kepada umum, semalam.

Pengarah Urusan PR Worldwide R. Para berkata semua 12,000 tiket telah habis dijual selepas jualan bermula pada jam 10 pagi ini.

“Malangnya, tidak ada kemungkinan untuk konsert kedua di Malaysia,” kata Para

ed sheraan

Seperti biasa, peminat Ed Sheeran yang gagal membeli tiket meluahkan rasa kekecewaan mereka di media sosial.

Malah, ada yang berang kerana beberapa pihak menjual semula tiket konsert itu dengan harga yang begitu tinggi.

“Saya beratur hampir dua jam, tetapi tidak berkesempatan untuk membeli tiket,” tweet seorang pengguna media sosial, Chinny Joy.

Seorang lagi peminat penyanyi kelahiran Britain itu yang dikenali sebagai Mikael berkata,”banyak tiket habis dijual bukan kepada peminat tetapi kerana mereka yang ingin menjual semula tiket tersebut.”

Konsert jelajah ‘Ed Sheeran Divide Tour Live in Kuala Lumpur 2017’ akan diadakan 14 November ini di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam.

Baca lagi: Ed Sheeran Gondol Anugerah Lagu Terbaik Anugerah Grammy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here