Tiga

Tiga kerusi majoriti Melayu kini dipegang oleh PKR di Pulau Pinang dan sangat ‘diminati’ Umno menyaksikan peningkatan terbesar dalam pengundi baru, dakwa Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lim berkata, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut ialah Batu Maung, Sungai Bakap dan Penanti yang masing-masing dipegang oleh Datuk Abdul Malik Kassim, Datuk Maktar Shapie dan Dr Norlela Ariffin.

“Yang paling “crucial” ialah Batu Maung yang menyaksikan peningkatan sebanyak 7,000 pengundi, diikuti oleh Sungai Bakap sebanyak 4,000 pengundi dan Penanti,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang, hari ini.

Menyifatkan tiga kerusi tersebut sebagai sebahagian daripada sasaran utama Umno, beliau tidak pasti berapa ramai pengundi baru yang terdapat di Penanti tetapi berkata, keadaan keseluruhan adalah ‘mengejutkan dan membimbangkan’.

PKR hanya mempunyai 10 kerusi di DUN, manakala DAP 19 dan PAS satu. Pembangkang pula mempunyai 10 wakil rakyat dari Umno.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here