Sumber foto: roketkini.com

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN mengakui tidak dimaklumkan mengenai mesyuarat tergempar oleh EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP pagi ini, yang didakwa mempunyai kaitan dengan keputusan untuk pembubaran DUN negeri

Ketua Pembangkang DUN negeri Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid. Sumber foto: umno-online.my

Ketua Pembangkang DUN negeri, Datuk Jahara Hamid, berkata bagaimanapun wakil rakyat BN sudah bersedia sekiranya perkara itu diumumkan kerajaan negeri. “Kita masih menunggu keputusan mesyuarat berkenaan dan kita difahamkan ia mempunyai kaitan dengan isu pembubaran DUN.

Masih terlalu awal untuk kita membuat kenyataan dan kita tunggu apa yang diputuskan nanti. “Bagaimanapun, kita bersedia dan sudah membuat persiapan sekiranya kerajaan negeri memutuskan untuk membubarkan DUN,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Sementara itu, ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata, pihaknya percaya Kerajaan DAP Pulau Pinang akan berusaha untuk memohon pembubaran DUN walaupun perkara itu tidak dipersetujui segelintir wakil rakyat kerajaan negeri terutama di kalangan ADUN PKR.

“Kita difahamkan ia belum dimuktamadkan dan kini ia sekitar 50 peratus. Justeru, kita masih menunggu keputusan mesyuarat berkenaan. “Apa yang pasti pembubaran DUN bukan langkah bijak untuk membuktikan sokongan rakyat terhadap Lim Guan Eng, sama ada berlaku atau tidak PRN, kes beliau tetap akan berjalan di mahkamah. Sepatutnya beliau melepaskan jawatan berkenaan dan bukan mengheret rakyat dalam isu ini,” katanya.

LEAVE A REPLY