Tiada

KUALA LUMPUR — Wisma Putra hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan tebusan di Melbourne, Australia semalam.

Dalam satu kenyataan di sini, Wisma Putra turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu yang dilakukan oleh Yacqub Khayre, 29, dari Roxburgh Park.

Sebelum ini dilaporkan suspek mempunyai sejarah keganasan dan dibebaskan daripada pembabitan dalam plot keganasan Holsworthy pada 2009.

Lelaki itu terbunuh dalam kejadian semalam yang menyaksikannya menjadikan seorang wanita sebagai tebusan selain membunuh seorang lelaki yang dipercayai warga Australia berketurunan Cina yang juga pekerja di Buckingham Serviced Apartments di Brighton.

Suspek dipercayai menjadikan wanita itu sebagai tebusan selepas mengatur pertemuan menerusi perkhidmatan pengiring di pangsapuri terbabit. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here