Sumber imej: siakapkeli.my

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tiada sebab untuk menahan tokoh telekomunikasi Tan Sri Ananda Krishnan dan seorang pegawai kanan syarikatnya berhubung kes pengubahan wang haram di India yang dilapor melibatkan seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak boleh membuat sebarang tangkapan tanpa perintah daripada mahkamah negara ini.

“Kami tidak boleh bertindak ke atas waran tangkap kerana tiada perjanjian dari segi undang-undang dengan pihak polis India.

Ahli perniagaan Malaysia, T Ananda Krishnan dan warga Malaysia, Augustus Ralph Marshall. Sumber imej: FMT

“Memandangkan kes ini berkaitan dengan saman sivil, mereka (India) perlu memohon kebenaran daripada mahkamah di negara ini terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Biro Penyiasatan Pusat India (CBI) yang dilaporkan memohon supaya waran tangkap berkenaan dikeluarkan.

Menurut laporan media, CBI mengemukakan permohonan waran tangkap berkenaan kepada mahkamah khas CBI berikutan saman gagal diserahkan kepada pihak yang dikaitkan dengan kes Aircel-Maxis.

SOURCEBERNAMA
SHARE
Previous articleSKMM, PDRM Kesan Pemilik FB Page ‘Ratu Naga’
Next articleKepulangan Jho Low Akan Dirai
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here