Sumber imej: maconn.com

Kegilaan Pokemon Go menular di Pulau Pinang hinggakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng   turut mencuba permainan realiti telefon bimbit itu bersama para pemberita hari ini.

Menyifatkan ia “hiburan bersih”, Lim Guan Eng berkata negeri itu tidak melarang permainan itu. Beliau bagaimanapun menasihatkan pemain supaya menjaga keselamatan diri jika memburu di tempat awam.

Beliau enggan mengulas langkah pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tidak membenarkan permainan itu dalam kalangan orang Islam, dengan berkata: “Kenyataan mufti bukan dalam bidang kuasa saya. Beliau bercakap dari sudut lain.”

“Kerajaan negeri tidak melihat perkara ini melalui kaca mata agama,” jelasnya. “Bagi kami, Pulau Pinang negeri untuk kita berseronok. Kami tidak larang keseronokan. Ini hiburan yang bersih.”

“Kerajaan negeri tidak melihat perkara ini melalui kaca mata agama,”. “Bagi kami, Pulau Pinang negeri untuk kita berseronok. Kami tidak larang keseronokan. Ini hiburan yang bersih.” Jelas Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata demikian ketika menyertai pemberita bermain permainan itu di Pusat Beli-Belah Gurney Paragon seusai pelancaran acara Hari Hepatitis Pulau Pinang.

Sedutan siaran langsung di Facebook yang menyiarkan permainan mereka bertukar viral di media sosial.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyeru umat Islam di negara ini supaya menghindarkan diri daripada permainan Pokemon Go. Sumber imej: FMT

Pada 25 Julai lepas, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor dipetik Sinar Harian menyarankan Pokemon Go diharamkan. Wan Salim dipetik dilaporkan berkata kajian jabatan mufti mendapati keburukan permainan itu mengatasi kebaikannya.

Pada 5 Ogos lalu, Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam satu kenyataan berkata pejabatnya mengkaji pandangan beberapa ulama dan fatwa yang pernah dikeluarkan sebelum membuat keputusan.

Mereka berpendirian ada kewajaran pada fatwa sebelum ini dan permainan Pokemon Go perlu dielakkan jika permainan itu membawa kepada mudarat.

Mengulas langkah itu, Gu

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa supaya Pokemon Go diharamkan segera. Sumber imej: SinarHarian

an Eng berkata mufti menegaskan hal sedemikian kepada orang Islam.

 

“Tiada larangan daripada kerajaan Pulau Pinang,” katanya. “Kami cuma minta orang ramai supaya bermain dengan selamat dan jangan pergi ke kawasan bahaya.

“Berhati-hatilah. Perhatikan jalanraya. Jangan terlibat dalam kemalangan. Jatuh tersadung dan terjatuh. Ibu bapa sila perhatikan anak-anak.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here