Sumber foto: astroawani.com
Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan, tiada bukti dari mana-mana agensi penguatkuasaan yang menunjukkan wang digelapkan dari syarikat 1MDB.

Katanya lagi, tiada sebarang tuduhan jenayah dilakukan terhadap mana-mana individu yang berkaitan dengan penyelewangan dana dari 1MDB.

Tan Sri Mohamed Apandi turut menyuarakan kebimbangan terhadap sindirian dan dakwaan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan salah laku dalam kes tuntutan sivil ‘in rem’ yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Attorney General Loretta E. Lynch discusses the 1MDB case. Other speakers included, from left, FBI Deputy Director Andrew McCabe; Leslie Caldwell, assistant attorney general for the Department of Justice Criminal Division; Eileen Decker, U.S. attorney for the Central District of California; and Richard Weber, Internal Revenue Service Criminal Investigation chief. Sumber foto: fbi.gov

“Peguam Negara ingin menjelaskan tiada dalam tuntutan fail oleh DOJ AS yang menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku,” katanya.

Setakat ini, Jabatan Peguam Negara masih belum menerima sebarang permintaan dari pihak DOJ AS, untuk memberi sebarang maklumat atau bukti.

Bagaimanpun, Apandi berkata pihaknya mengalu-alukan sebarang kerjasama kerana ia seiring dengan komitmen pada peringkat antarabangsa untuk memerangi pengubahan wang haram dan amalan rasuah.

“Sebagai Pendakwa Raya, Peguam Negara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan jenayah dengan syarat terdapat bukti yang mencukupi.

“Sebarang salah laku akan dihukum. Malaysia akan sentiasa menegakkan kedaulatan undang-undang,” ujarnya.

Kata Tan Sri Mohamed Apandi lagi, siasatan berhubung kes 1MDB masih dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak sesuai untuk sebarang butiran kes didedahkan.

Pihak Peguam Negara mahu menekankan kepentingan untuk memelihara integriti siasatan dan orang ramai juga tidak seharusnya meragui hasil siasatan itu.

LEAVE A REPLY