brad pitt
Cover image via Berita Harian

Siasatan ke atas aktor Brad Pitt selepas didakwa bertindak kasar terhadap anaknya dalam satu penerbangan peribadi September lalu sudah ditutup tanpa sebarang bukti berlaku penderaan.

Sumber yang rapat dengan siasatan itu memberitahu The Associated Press (AP), siasatan sudah ditutup beberapa hari lalu.

Sumber lain berkata, Jabatan Kanak-kanak dan Keluarga Daerah Los Angeles sudah mengkaji tuduhan Pitt berlaku kasar terhadap anak lelakinya berusia 15 tahun dalam penerbangan itu pada pertengahan September lalu.

Isteri Pitt, Angelina Jolie Pitt memfailkan perceraian beberapa hari selepas kejadian. Jurucakap jabatan berkata, agensi itu enggan mengesahkan sama ada ia menyiasat Pitt. Jurucakap Pitt juga enggan mengulas lanjut.

Pitt dan Jolie berkahwin selama dua tahun dan hidup bersama selama 12 tahun selepas mula intim ketika penggambaran Mr. & Mrs Smith pada 2005.

Baca lagi: Angelina Jolie Diberi Hak Penjagaan Penuh Enam Anaknya

LEAVE A REPLY