Tiada bantahan

Malaysiakini melaporkan bahawa tiada sebarang protes rasmi dihantar Putrajaya kepada AS ekoran saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu terhadap 1MDB yang dianggap sebagai salah satu tindakan mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Seorang jurucakap kedutaan AS memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang notis daripada kerajaan negara ini.

“Tiada setakat apa yang kami ketahui,” katanya Pegawai Perhubungan Media Kedutaan AS, Drake Weisert, ketika dihubungi hari ini.

Ekoran tindakan DOJ mengemukakan saman sivil terbaru pada Khamis lalu, beberapa pihak mentafsir langkah itu sebagai cubaan AS mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here