the flash
Cover image via Astro Awani

GADIS kelahiran Sabah menjadi pilihan buah hati pelakon popular Thomas Grant Gustin yang lebih dikenali menerusi watak Barry Allen dalam siri popular ‘The Flash’ dan ‘Arrow’.

Baru-baru ini, Gustin mengumumkan telah bertunang dengan Andrea Thoma yang berdarah kacukan separuh Kadazan. Berita gembira itu dikongsikan oleh pasangan berkenaan menerusi laman Instagram mereka minggu lalu.

Menurut beberapa laporan antarabangsa, Thoma mempunyai darah kacukan Sabah menerusi ibunya yang dikatakan berasal dari Kampung Kolopos di Penampang.

Netizen Malaysia yang teruja dengan pengumuman itu tidak melepaskan peluang untuk merakam ucapan tahniah kepada pasangan itu di media sosial.

Namun pasangan itu belum mengumumkan bilakan mereka akan melangsungkan perkahwinan namun yang pasti ramai mencadangkan ‘super heroes’ dijadikan tema majlis perkahwinan mereka nanti.

Baca lagi: 10 Artis Hollywood Bersuara Emas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here