terkini

Dua juruterbang pesawat Hawk 108 yang dilaporkan hilang pagi tadi, disahkan terkorban dan pesawat pejuang itu dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu petang ini.

Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata jasad kedua-dua mangsa, Mejar Yazmi Mohamed Yusof , 39, dan Mejar Hasri Zahari, 31, ditemui pada jam 2.30 petang tadi, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan.

Bernama melaporkan beliau berkata kedua-dua mereka ditemui memakai payung terjun menunjukkan mereka sempat melenting keluar daripada pesawat.

“Mayat mereka ditemui dalam jarak 20 meter antara satu sama lain. Bagaimanapun, setakat ini pesawat masih belum ditemui dan kerja-kerja mencari masih dijalankan,” katanya dalam sidang media di Pangkalan TUDM di Kuantan hari ini.

SHARE
Previous articleMengapa Kami Anjur Iftar Gay – Numan Afifi
Next articleDiCaprio Pulang Semula Hadiah Susulan Siasatan Ke Atas 1MDB
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here