Terkini

Harga terkini kesemua jenis minyak petrol dan diesel turun mulai jam 12.01 tengah malam ini.

Harga runcit RON95 turun 5sen kepada RM2.05 seliter, harga RON97 turun 7sen kepada RM2.31 seliter dan harga diesel pula turun 8sen kepada RM1.94 seliter.

Harga petrol baru ini adalah yang kedua terendah sejak penetapan harga mingguan diperkenalkan pada 30 Mac lalu.

Diesel pula bakal mencatat harga terendah esok.

Harga bahan bakar itu ditentukan prestasi harga Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan mata wang pada minggu sebelumnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here