jumaat

KUALA TERENGGANU: Lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat di Terengganu bakal berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara 2 tahun tidak lama lagi.

Ia susulan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang disokong sebulat suara semua adun yang menghadiri persidangan dewan semalam.

Pindaan Seksyen 16 berkaitan perkara tidak menunaikan solat Jumaat dibentangkan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.

solat-jumaat

Selain pindaan Seksyen 16, beberapa pindaan lain turut dibuat, iaitu Seksyen 19 (tidak menghormati Ramadan) dan Seksyen 53 (mengganggu perempuan di tempat awam).

Ghazali mengemukakan cadangan pindaan itu kerana berpendapat enakmen itu mengandungi peruntukan yang sukar dilaksanakan dan dikuatkuasakan, selain hukuman denda agak rendah dan tidak dapat memberi pengajaran serta kesedaran kepada masyarakat.

Sebelum ini, bagi solat Jumaat, enakmen itu menetapkan mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat di masjid 3 kali berturut-turut tanpa uzur syarie atas sebab yang munasabah boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya.

 

LEAVE A REPLY