terbang

Lapangan Terbang Antarabangsa Madeira di portugal akan bertukar nama dan bakal dinamakan sempena nama bintang Real Madrid iaitu, Cristiano Ronaldo.

Pengumuman mengenai perkara besar itu dibuat oleh Presiden Madeira, Miguel Albuquerque pada Jumaat.

Keputusan untuk menamakan semula lapangan terbang itu dibuat sebagai memberi penghormatan kepada Ronaldo susulan kejayaannya membantu Portugal memenangi Euro 2016 pada Julai Baru ini.

Proses untuk menukar nama itu sudah dimuktamadkan selepas mesyuarat majlis kerajaan tempatan negara berkenaan pada Khamis lalu.

image via France 24

Terdahulu, Ronaldo menghadiri majlis pembukaan hotel miliknya, Pestana CR7 yang terletak di Funchal dengan kerjasama Kumpulan Pestana.

Hotel tersebut mula beroperasi awal bulan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here