tengku
Foto hadapan oleh FMT

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertegas bahawa beliau tidak akan mengisytiharkan hartanya kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarga.

“Saya ahli perniagaan. Saya perlu jaga keselamatan saya, isteri dan anak-anak. Jenayah culik sekarang berleluasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan 10th National Defence Medical Centre di Hotel Royal Chulan di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, tindakan mendedahkan hartanya akan menyebabkan beliau dan keluarganya menjadi sasaran penjenayah.

“Saya tak akan umumkan kepada orang awam kerana saya dulu ahli perniagaan. Saya banyak aset,” katanya.

Beliau membuat kenyataan itu ketika ditanya tentang cadangan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil supaya beliau – serta Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk membuat pengisytiharkan harta berikutan penahanan seorang pegawai kanan DBKL baru-baru ini yang dikaitkan dengan rasuah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here