taylor swift
Cover image via Hanasuva

Sebut je nama Taylor Swift ada dua perkara orang akan ingat. Pertama adalah tentang kejayaanya sebagai seorang penyanyi dan kedua adalah tentang kisah cintanya.

Kisah cinta Taylor Swift sentiasa menjadi perhatian umum kerana terlalu kerap berganti kekasih.

Selepas putus cinta dengan Tom Hiddleston, timbul gosip mengatakan penyanyi lagu ‘Style’ ini sedang hangat bercinta dengan seorang lelaki yang berasal dari China.

Memetik laporan Straittimes, lelaki tersebut ialah Charles Zhang, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sohu iaitu salah sebuah syarikat besar di China.

Khabar angin mengenai hubungan mereka tersebar di laman sosial popular di China iaitu Weibo apabila terdapat kenyataan yang menyebut seorang penyanyi nombor satu Amerika Syarikat sedang mengenali lelaki kaya itu.

Walaupun tidak disebutkan nama namun netizen seperti dapat mengagak bahawa penyanyi tersebut adalah Swift dan lelaki kaya itu ialah Zhang.

Bagaimanapun, lelaki berusia 50 tahun itu menafikan gosip cinta itu serta mengakui tidak mengenali siapa Swift.

“Berita itu tidak benar. Saya tidak menyukai wanita asing,” ujarnya.

Baca lagi: Taylor Swift, Ben Affleck Bercinta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here