Thursday, December 8, 2016
Tambang MRT Bermula Pada Kadar RM1

Tambang MRT Bermula Pada Kadar RM1

131
0

Tambang perkhidmatan Transit Aliran Massa Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK) yang beroperasi 16 Disember depan akan bermula pada kadar RM1 untuk perjalanan satu hentian bagi mod tanpa tunai.

Rapid Rail Sdn. Bhd dalam satu kenyataannya berkata, tambang paling rendah untuk perjalanan satu hentian mengikut struktur tambang tunai pula adalah RM1.10, antara stesen Pasar Seni dan Merdeka.

Menurutnya, bagi tambang maksimum pula adalah RM6.40 (tunai) dan RM5.50 (tanpa tunai) meliputi perjalanan penuh antara Sungai Buloh ke Kajang.

“Struktur tambang sudah diluluskan kerajaan dengan kadar menurun untuk setiap empat hingga lima kilometer perjalanan iaitu sama seperti struktur tambang untuk perkhidmatan LRT dan monorel,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Fasa 1 Laluan MRT SBK dijangka beroperasi mulai 16 Disember depan meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan manakala baki 19 stesen hingga ke Kajang dijadualkan beroperasi pada pertengahan Julai tahun depan.

LEAVE A REPLY