Takkan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  menyindir perwakilan Pemuda Pas yang menjadikan isu penyanyi antarabangsa, Selena Gomez sebagai penyebab tahalluf siyasi antara PKR dan parti Islam itu perlu ditamatkan. “Takkan kerana Selena Gomez kita nak berpecah belah,” kata Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden PKR, memetik laporan oleh Sinar Harian Online.

Perbezaan pandangan dalam politik merupakan perkara biasa kerana dalam rumah tangga juga mempunyai perbezaan antara suami dan isteri.

“Ini dalam dua tiga hari ini, saya kena teruk jugak. Tak apalah siapa hentam pun… Marah kerana saya menyokong Selena Gomez. Saya cakap betul, saya tak kenal sangat Selena Gomez ni, Tanya presiden (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail), presiden kenal saya. Saya kenal lagu-lagu nasyid saja, saya dengar tazkirah saja, penyanyi artis saya tak kenal. Mengapa marah saya?

“Tak apalah… Nak marah, marahlah. Saya tak ambil hati, saya maafkan mana-mana pihak, individu yang marah saya kerana tanggungjawab saya nak jatuhkan Umno dan BN. Sekarang parti-parti politik berpecah kerana apa? Kerana Selena Gomez tak bolehlah tuan-tuan. Kalau saya salah guna kuasa, rasuah, saya zalim maka tolaklah saya,” ujar Mohamed Azmin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here