TAG Heuer Carrera Connected

Apabila ia mula diperkenalkan, TAG Heuer Carrera Connected Android Wear adalah TAG yang paling murah anda mampu beli pada harga sekitar RM 6,000. Itu semua berubah sekarang dengan pengenalan versi baru yang dibuat dari ‘rose gold’. Ianya bukan sekadar salutan warna ‘rose gold’ pada badan titanium TAG, tetapi merupakan ‘rose gold’ yang sebenarnya. Ini melonjak harga TAG Heuer Carrera Connected Android Wear kepada lebih RM 39,400.

Untuk peningkatan harga yang tinggi seperti itu, anda semestinya beranggapan ada beberapa perubahan pada teknologi jam itu. Namun, anda nyata salah. TAG denga ‘rose gold’ ini sebenarnya sama dengan yang berharga RM 6,000, dan boleh dikatakan, sama seperti Motorola Moto 360, Huawei Watch, dan semua jam tangan Android Wear yang lain, yang rata-rata dijual pada harga RM 1,500.

Peningkatan harga yang makin mahal sewaktu pengumuman edisi emas ini tidak mengejutkan. Jika diimbas pada pertengahan 2015, kita menyaksikan satu kejayaan awal untuk TAG HEUER. Ketua Pegawai Eksekutif Jean-Claude Biver berkata ia adalah yang pertama dalam koleksi model yang dibuat daripada bahan-bahan yang berbeza, dan akan mula dipasarkan pada akhir tahun 2016. Versi ‘rose gold’ ini mempunyai beberapa tali dan badan dengan pelbagai variasi lain, termasuk satu dengan rantai link logam.

Bergantung kepada di mana anda tinggal, Carerra Connected mesti dibeli melalui peniaga atau butik jenama ini, dan bukannya dalam talian.

LEAVE A REPLY