NORASHIKIN
Foto hadapan oleh FMT

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selamat diijab kabul dengan Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 31 Ogos lalu.

Dalam majlis yang diadakan pada pagi Hari Kebangsaan itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah dinikahkan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Istana Alam Shah, majlis berkenaan dilangsungkan secara sederhana atas permintaan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

sultan
Foto oleh Harian Metro

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir; Imam Paduka Tuan, Mohd Rasid Mahful; bekas Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar; Ahli Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin dan bapa serta ahli keluarga pengantin perempuan.

Ini adalah perkahwinan ketiga Sultan Sharafuddin Idris Shah. Baginda mempunyai dua puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Norashikin, 45, adalah pembaca berita RTM. Berasal dari Kuala Lumpur, beliau adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here