sultan
Foto hadapan oleh FMT

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berikrar tidak membenarkan sebarang tunjuk perasaan jalanan diadakan di Johor.

“Ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab bagi mereka untuk berkumpul di tempat awam dan menghina pemimpin dan individu tertentu.

“Saya ingin menegaskan yang beta tidak akan membenarkan sebarang jenis demonstrasi diadakan di Johor,” kata baginda sebagaimana dilaporkan Star Online semalam.

Portal berita itu berkata, Sultan Ibrahim berpendapat demonstrasi itu hanya akan mengganggu ketenteraman awam dan mewujudkan perpecahan di kalangan rakyat.

sultan_johor_thaipusam_620_396_100

Baginda bertitah demikian di Himpunan Bangsa Johor yang diadakan di Stadium Tertutup, Pasir Gudang.

Baginda menggesa NGO di negeri itu dan juga rakyat Johor agar tidak mengambil bahagian dalam protes jalanan.

Sultan Ibrahim berkata, mereka yang tidak berpuas hati dengan kerajaan perlu menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakannya dan bukan membawanya dijalanan.

“Pergilah dan bertemu wakil rakyat anda, dan jika mereka gagal menyuarakan rasa tidak puas hati anda, maka dengan dipersilakan memilih pemimpin baru yang mampu melakukan kerja.”

LEAVE A REPLY