Sambutan meriah terhadap kepulangan atlet sukan Olimpik negara dari Brazil minggu lalu menggambarkan setiap titik peluh mereka ketika berjuang bagi menjulang nama Malaysia di peringkat antarabangsa sangat dihargai rakyat berbilang bangsa dan agama.

Persaingan di Rio itu dianggap sebagai medan berprestij buat 32 atlet negara yang layak bersaing di temasya empat tahun sekali itu. Daripada ratusan atau ribuan yang bergelar atlet kebangsaan, hanya mereka (32) ini sahaja yang layak menjejakkan kaki ke Brazil.

image via Utusan

Dari satu sudut, pencapaian seseorang atlet hingga dapat ke Olimpik membuktikan usaha gigih dan pengorbanan mereka, tidak pula lupa hasil kerja keras jurulatih mahupun pengurusan sukan negara.

Bangga ke Olimpik. Bangga raih pingat. Bangga melihat Jalur Gemilang berkibar di bumi asing biarpun kilauan emas masih belum meyinari bumi Malaysia.

Kejayaan mereka itu telah membawa kegembiraan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia, tanpa mengira usia, bangsa, agama yang sememangnya mengharapkan pingat emas pertama mampu dibawa balik. Ternyata usaha masih perlu diteruskan, belum ada rezeki lagi buat Malaysia memperolehinya pada Olimpin 2016.

Tidak dinafikan,  pingat perak dari Pendelela Rinong/Cheong Jun Hoong dalam acara terjun 10m serentak adalah sama warna dengan pingat yang dirangkul pemain-pemain badminton seperi Datuk Lee Chong Wei atau Goh Liu Ying/Chan Peng Soon (campuran) dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu), namun ‘aura’nya  amat berbeza.

Semangat juang hingga ke keputusan terakhir yang ditunjukan semua telah melahirkan semangat patriotik dan perpaduan malah jelas menampakkan sikap sayangkan negara,  bukan sahaja di peringkat pemain, malahan pemimpin negara dan lebih ketera di kalangan peminat-peminat sukan tanah air.

Terima atau tidak,  acara sukan telah menjadikan rakyat Malaysia bersatu hati walaupun berlainan fahaman politik.

image via Utusan

Menang, kalah hanya satu semangat sahaja yang ada, iaitu semangat kenegaraan.

Keriuhan bersorak membuktikan rakyat Malaysia bersatu hati sehingga ada yang terlalu emosi sehingga menitiskan air mata selepas menyaksikan aksi atlet negara yang membawa kemenangan di pentas global.

Realitinya berlaku ketika Chong Wei beraksi pada saingan separuh akhir bertemu musuh tradisinya, Lin Dan.

Perlawanan keduanya seperti aksi merebut sebutir pingat emas. Seluruh rakyat Malaysia bersatu menumpukan perhatian di kaca televisyen menonton Chong Wei berjuang menewaskan Lin Dan.

Sikap tidak berputus asa Chong Wei ketika ketinggalan beberapa mata menunjukkan betapa pemain kelahiran Pulau Pinang itu mahu memastikan nama Malaysia terus disebut-sebut.

Dan akhirnya, kemenangan milik Chong Wei di separuh akhir dan ia sekali gus memberi kegembiraan beremosi kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang turut berada di Rio ketika itu. Hanya air mata sahaja yang mampu menjelaskan segalanya.

Prestasi terbaik atlet negara pada Sukan Olimpik ini merupakan pencapaian teristimewa negara, lebih-lebih lagi ianya direkodkan pada Ogos, bulan terpenting Malaysia yang menyambut Hari Kebangsaan pada tarikh keramat, 31 Ogos 1957.

Bukan menidakkan kejayaan atlet lain, tetapi ‘aura’ Chong Wei berbeza daripada yang lain kerana beliau mampu membawa rakyat Malaysia bersatu bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini, “Sehati, Sejiwa'”

Syabas kepada semua atlet Sukan Olimpik yang telah berkorban memperjuangkan nama Malaysia di mata dunia.

image via Sinar Harian

Selamat Hari Kebangsaan 2016, Sehati Sejiwa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here