Wednesday, May 24, 2017
Home News Steven Gerrard Jurulatih B-18 Liverpool

Steven Gerrard Jurulatih B-18 Liverpool

54
0
Steven Gerrard

LONDON – Bekas bintang Liverpool, Steven Gerrard diumumkan bakal mengendalikan skuad Bawah 18 tahun (B-18) Liverpool mulai musim depan.

Gerrard, 36 tahun, kembali ke Liverpool pada awal tahun ini setelah bersara sebagai pemain bola sepak dan telah menjadi salah seorang daripada jurulatih di akademi.

Mulai musim depan, bekas pemain England itu akan mengendalikan skuad B-18 dengan menggantikan Neil Critchley, yang dinaikkan pangkat mengendali pasukan Bawah 23.

“Setakat ini saya betul-betul menghayati waktu-waktu saya di akademi dan saya dapat rasakan sudah banyak yang dipelajari daripada staf di sini (Akademi Liverpool).

“Setelah telah bercakap dengan Alex Inglethorpe (pengarah akademi), kami merasakan sudah tiba masanya untuk saya naik ke satu lagi tahap dan mengendalikan pasukan saya sendiri.

“Neil telah melakukan tugas yang cemerlang bersama pasukan B-18, jadi saya berharap mampu meneruskan tugasnya, memberi sokongan dan membimbing pemain untuk ke skuad B-23 dan akhirnya ke pasukan utama, katanya di laman rasmi Liverpool.

Sewaktu aktif sebagai pemain, Gerrard telah bersama dengan Liverpool pada tahun 1998 hingga 2015 dan tampil dalam 710 perlawanan.

Dia kemudian berhijrah menyertai Los Angeles Galaxy sehinggalah membuat keputusan bersara daripada kariernya pada akhir tahun lalu. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here