SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia -SPRM menahan seorang pengurus besar sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) iaitu p

Dalam satu kenyataan kepada Bernama, SPRM berkata suspek yang berumur 54 tahun ditahan bersama isterinya, 50, pada jam 6.30 petang semalam.

Melalui maklumat hasil siasatan awal, suspek disyaki menerima rasuah bagi meluluskan beberapa projek pembekalan bas, alat ganti bas dan pembaikan bas.

Menurut kenyataan itu lagi, suspek  dipercayai menerima rasuah berjumlah RM500,000 sejak tahun 2013 menerusi beberapa projek yang dilaksanakan atas penyeliaannya.

Selain itu, katanya, wang rasuah yang diterima dipercayai turut dimasukkan ke dalam akaun milik isterinya sejak 2013.

Kes disiasat mengikut seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan jika disabitkan kesalahan berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kedua-duanya akan direman hari ini bagi membantu siasatan.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here