sprm

GAMBAR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai wang tunai berjumlah RM3 juta di dalam almari milik seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah, kini tersebar menjadi viral di media sosial.

Wang tunai itu dilaporkan dirampas SPRM ketika satu operasi dijalankan, petang semalam.

Difahamkan, penemuan itu dipercayai antara terbesar pernah disita berkaitan kes rasuah.

SPRM

Terdahulu, SPRM melaporkan telah menahan dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Kota Kinabalu pada Selasa kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian projek jabatan.
Pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah dan timbalannya, disyaki mengumpul kekayaan lebih RM50 juta sejak enam tahun lalu, menerusi penyelewengan projek secara agihan kepada ahli keluarga mereka.
Kedua-duanya disyaki menyalahgunakan kuasa dalam agihan projek pembangunan infrastruktur dikendalikan jabatan bernilai lebih RM3.3 bilion yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sejak enam tahun lalu.
Mereka yang berusia 51 dan 54 tahun ditahan di pejabat  masing-masing.
Mereka disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here