sofi jikan
Cover image via Rotikaya

Akibat kurang menerima tawaran berlakon sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, pelakon Sofi Jikan menyatakan dia kini sudah mula menceburi bidang perniagaan demi kelangsungan hidup.

“Saya sudah tidak ada tawaran berlakon sejak dua, tiga tahun lalu dan disebabkan itu saya mula beralih ke bidang perniagaan. Sekarang saya sibuk menjual minyak hitam dan Insya-Allah pada 27 Oktober ini saya akan lancarkan minyak wangi Rockstar bagi lelaki dan Superstar bagi wanita pula”

“Saya sedar semakin tiada tempat dalam industri kerana kehadiran pelakon-pelakon baru yang lebih bagus dan mempunyai pakej yang lengkap sebagai artis. Saya tidak boleh bertahan, lebih baik saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan”

“Lagi pula beberapa tahun dalam industri saya tidak pernah dicalonkan dalam mana-mana anugerah, ia menandakan lakonan saya tidak cukup bagus,” ujarnya

Malah tambah Sofi Jikan lagi, kini dia menyifatkan bidang lakonan sebagai sesuatu yang sudah dikuburkan dan jika ada mahu dirinya berlakon, mereka perlu gali semula perkuburan tersebut. Bunyi macam merajuk pun ada gayanya.

Nampaknya selepas Namron turut menyatakan diri untuk berundur dari dunia seni, makin ramai pelakon yang benar benar berbakat menarik diri. Namun kami pasti, filem mahupun drama yang dibintangi pelakon berbakat mungkin tidak memenangi sebarang anugerah namun karakter mereka akan sentiasa wujud, tidak lupus ditelan zaman.

Baca lagi: Sofi Jikan Diangkat Sebagai Abang Long Rockers

LEAVE A REPLY